Tuesday, 18 October 2011

JANGAN BERSEDIH, KERANA KELAPANGAN PASTI DATANG

(sambungan...)

Janganlah kita bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di dalam gudang dan di istana-istana kita yang indah dan megah dan di dalam kebun-kebun kita yng menghijau itu hanya akan menambahkan kesedihan, kedukaan dan sifat putus asa kita sahaja. Jangan juga kita bersedih, apabila ubat-ubatan yang diberikan doktor dan ubat yang dijual di farmasi dan pemeriksaan seorang doktor tidak banyak membantu kita. Apalagi bila kita masih menanamkan rasa kesedihan di dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri untuk dimasuki kesedihan itu dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semua itu hanya akan sia-sia.


            Jangan kita bersedih, kerana kita masih memiliki doa, untuk kita bersimpuh di hadapan pintu-pintu Allah Yang Maha Kuasa, memohon agar diberikan ketenangan. Kita juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam sebagai waktu mustajab dan masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada Allah dalam sujud.

Jangan juga kita bersedih, kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya untuk kita, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah, rimbun dan taman-taman dengan tumbuh-tumbuhan yang indah untuk kita, pohon-pohon kurma yang mempunyai mayang yang bersusun-susun dan menjulang tinggi, bintang-bintang yang bercahaya, hutan belantara dan sungai-sungai yang jernih mengalir. Jadi, mengapa kita masih bersedih?

Janganlah kita bersedih, kerana kita masih dapat meneguk air yang jernih, dapat menghirup udara yang segar, dapat berjalan di atas kedua kaki yang sihat dan di samping itu, kita juga masih dapat tidur dengan nyenyak di malam hari.


(Tamat)

No comments:

Post a Comment